Search This Blog

About Me

Saturday, November 6, 2010

Aksi bahaya

Hi, selamat semua... dalam entry ni nak aku citer kesah pemandu berani mati. Masa aku tengah dok layan guna highway pasir gudang nak ke JB adalah satu aksi stunt yang munkin diorang banggakan. Akhir-akhir nie pun banyak kita dengar bas terbang, bas terjun gaung kat genting, lori rempuh penghadang dan mcm2lah. Semua nie kategori pengangkutan komersial yang mana kesedaran pihak2 terentu perlu di pantau kerana tidak mementingkan keselamatan pengguna2 lain.  

Wednesday, August 4, 2010

Ketip/ Kerat/ Potong Kuku

Kukukakikiriku, Hahahahaaaa.. 
Di sayembara ini nak pulak aku citer sikit sbanyak tentang KUKU plak, tp idea nie ade aku amik dari buku2/ xperience dr org2 lama N lelaman sesawang nie yg telah di jadikan rujukan.

Potong kuku nie adalah termasuk dalam amalan sunat.kalau dah kena caranyalah. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari 'Aisyah Radhiallahu 'anha yang maksudnya:

"Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah):
Memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: "berkata Mus'ab: "Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur."


(Hadis riwayat Muslim)

Memotong kuku adalah amalan sunat utk semua dimana pensyariatan memotong kuku ialah menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku, yang mana kotoran tersebut boleh menghalang sampainya air ketika bersuci/ hadas.

Selain daripada itu, jika kuku itu pula dibiarkan panjang dan segala kotoran atau najis melekat di dalamnya, nescaya ia boleh menjejaskan kesihatan.

Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.

Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.

Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.

Harus seseorang itu memotong kukunya dengan menggunakan gunting, pisau atau benda yang khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari sepertimana yang dikenali sebagai alat pemotong kuku. Setelah selesai memotong kuku, sayugia segera membasuh tangan (tempat kuku yang telah dipotong) dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaru pada anggota lain, ditakuti akan menghidap penyakit kusta.

Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit kusta.

Dalam perkara memotong kuku, waktu juga diambil kira dan diambil pusing dalam Islam. Adapun waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang kuku tersebut. Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak pada memotongnya. Akan tetapi janganlah membiarkan kuku tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari. Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :

"Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam."

(Hadis riwayat Muslim)

Adapun menurut Imam asy-Syafi'e dan ulama-ulama asy-Syafi'eyah, sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma'at, sebagaimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Juma'at.

Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu 'anhuma berkata yang maksudnya :

"Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:
"Sesiapa yang mandi pada hari Juma'at, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa sahaja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Juma'at itu dan Juma'at sebelumnya."


(Hadis riwayat Ahmad)

Daripada Abu Hurairah katanya yang maksudnya :

"Bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam memotong kuku dan mengunting misai pada hari Juma'at sebelum Baginda keluar untuk bersembahyang."

(Riwayat al-Bazzar dan ath-Thabrani)

Sementara menurut Ibnu Hajar Rahimahullah pula, sunat memotong kuku itu pada hari Khamis atau pagi Juma'at atau pada hari Isnin.

Dalam islam, sebagai menghormati dan memuliakan sebahagian anggota badan, potongan
-potongan kuku adalah sunat ditanam di dalam tanah. Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawaIbnu 'Umar Radhiallahu'anhu menanam potongan kuku.

Dilarang sama sekali memotong kuku ketika berhadas besar.
Menurut kitab Al-Ihya', jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.

Rasulullah S.A.W bersabda, yang bermaksud yang mana boleh di ringkaskan seperti di bawah;


Hari Sabtu Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
Hari Selasa Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
Hari Rabu Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Selamat beramal dan elok untuk di kongsi bersama. Tapi macam mana plak dengan rambut yer, kebiasaannyer terus layan barber yg ada setengah tempat tu bukak sampai malam2. Yg tu nanti entry yg lain lah…

Saturday, July 17, 2010

Hukum Quran Dlm Handphone


الحمدلله والصلاة والسلام علي رسول الله وبعد
Salam, ada terdetik kat pikiran aku yg jahil nie pasal kesinambungan alquran electronik. Al maklumlah skang nie canggih mangeh dah blaker. Nak d'ceritakn, aku ada install free software yg memuatkan satu qoran dlm aku nyer Nokia (connecting people). So bila2 maser jer boleh lah wat rujukan (perh mcm alim la plak). Bagus nyer, ada satu hari tu d'jemput kerumah kenalan tuk hadirkan diri ke majlis tahlil, pas tu aku di kirakan org yg paling awal sampai lah. D'kesempatan itu duduklah aku kat sebelah nyer pak imam & bilal. Oleh yg demikian, masa diorang distribute naskah yassin tu, x pulak diorang pass kan kat area segerombolan bilal & imam niee.. Huhuuuu.... nie kes naya nie. Nak cakap aku ngafal satu surah yassin tu, memang bohonglah. So, x semenanya aku teringatkan aku nyer gadget nokia tu. ;moral of the story, simpanlah benda2 yg berfaedah dlm tepon tu, jgn penuhkan memory card tu ngan nikmat dunia semata2.

Dlm pada tu aku gak ada buat research kat beberapa laman sesawang nie pasal hukumnya; masuk toilet, wuduk n sbagainyer dengan qoran electronic.



Dr. Husam Affanah, Prof Fiqh dan Usul Universiti al-Quds, Palestin telah membuat kajian secara ringkasnya adalah seperti berikut:
1.Tidak syak lagi al-Quran yang kita dengar dari CD merupakan al-Quran yang diturunkan oleh Allah swt. Namun ia tidak mengambil hukum mashaf al-Quran dari sudut tidak boleh disentuh kecuali dalam keadaan berwudhu' menurut pandangan kebanyakan ahli ilmu. Adalah harus menyentuh CD kerana al-quran yang terdapat di dalamnya tidak disimpan dalam bentuk huruf-huruf al-Quran tetapi ia disimpan dalam bentuk sistem binari. Iaitu satu sistem yang menggunakan kod tertentu dan setiap kod mengandungi 8 digit…. rujuk huraian pakar dalam bidang ini.
2.Begitu juga dengan al-Quran yang terdapat dalam handphone, ia tidak mengambil hukum mashaf al-Quran yang memerlukan wudhu' untuk menyentuhnya seperti mazhab kebanyakan ahli ilmu.
3.Ini ialah kerana tidak terdapat huruf-huruf al-Quran di dalam handphone tersebut kerana ia disimpan dalam bentuk sistem binari yang menggunakan kod-kod tertentu dan setiap kod mengandungi 8 digit….dan begitulah seterusnya seperti huraian pakar dalam bidang ini. Perkara ini adalah seumpama seorang yang hafaz al-Quran memasuki tandas dalam keadaan al-Quran berada dalam jiwanya.

Lujnah Daimah untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi telah mengeluarkan fatwa seperti yang dinyatakan oleh Dr Umar bin Muhamad as-Sabil rahimahullah: Apabila dirakam al-quran ke atas kaset dengan segala jenisnya seperti tali keset, video dan CD yang digunakan di dalam komputer atau seumpamanya, maka adalah harus bagi seorang yang berhadas kecil atau hadas besar menyentuhnya. Ini ialah kerana kaset dan yang seumpama dengannya tidak dinamakan mashaf (al-Quran) kerana al-Quran tidak boleh dibaca secara terus (direct) daripadanya. Adapun al-Quran yang didengari atau dibaca daripadanya adalah dengan bantuan alat-alat khusus yang lain. Oleh itu kaset-kaset ini tidak terpakai padanya seperti hukum menyentuh mashaf al-quran yang mesti berada dalam keadaan suci. Begitu juga fatwa yang telah dikeluarkan oleh Ahli-Ahli Lujnah Daimah untuk Kajian Ilmiah dan
Fatwa Arab Saudi yang diketuai oleh Syeikh Abdul Aziz bin Baz.
Teks fatwanya ialah; "Tidak mengapa membawa atau menyentuh kaset yang dirakam di dalamnya al-Quran bagi orang yang sedang berjunub dan seumpamanya, sekian Wabillahi at-Taufiq".

So, sebagai konklusinya, tidak ada masalah lah kalau xder wuduk utk menyentuh qoran  nie.

Setakat nie lah dulu, nanti sambung lagi.

Wallahualam...



Sunday, January 31, 2010

Ape ada Hal...



Hari ni wa ada cuti lagi satu hari, 2nd day's of wesak. Dari pagi sampai ptg nie masih dok bekeliaran dlm rumah jow, x brsemangat raser nyer nak p menikmati udara P.G yang x kurang gak pencemaran nyer.
Namun diam x diam dah masok 2 tahun aku dok menghirup udara sini, menjadi seorang perantau selatan tanah air untuk sebakul rejeki. Dan hasilnya.. boleh membanggakan jugak tuk seluruh rakyat malaysia.. 1 Malaysia. .

Saturday, December 26, 2009

Life must Go On...


Sesedar jer dah akhir tahun 2009. Lagi beberapa ari lagi 2010 mnjelma. Isteri gua kat sebelah nie mcm x puas hati plak, kata nya aku dok layan tenet jerrr.. bukan all time punn.. isk iskk... pompuan sumer cam gitu ker haa, korang sumer nie samer gak ker.
Dah lama aku dah x layan bloggers nie, asik sebok N mnyebok jer ngan kejer opis. macam lah sangat.... hahaha, Tp diam tak diam dah setaun lebih dah aku dok layan JoBa nie, Johor Baru. N dengar citer nyer aku D paksa lagik oleh Bos2 tuk masih mengabis kan masa muda remaja aku nie kat project nie, napok nyer sapai bila lahh.
Tapi aku pun ada rasa lin skit lah, dah boleh besama Cinta tsayang. Jd adalah yg jaga makan tidur aku yg selama ni barai.
Dah ngantuk lah plak, apahal aku nak ucap selamat nyambut tahun baru 2010 dan bersama2 jana @ koleksi azam baru... adioss...